
HILANGKAN JERAWAT
Kisarkan segenggam dua kacang hijau sehingga halus. Untuk mendapatkan tekstur yang halus dan gebu, kacang hijau yang dikisar itu perlu ditapis (guna penapis yang agak jarang). Serbuk kacang hijau ini digunakan dengan cara mencampurkannya dengan sedikit air dan kemudian sapukan ke seluruh bahagian muka sebelum mandi pada setiap hari. Ramuannya jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair. Sedang-sedang ajer. Biarkan sehingga kering barulah dicuci.
HILANGKAN DAKI DI LEHER
Ambil tiga sudu besar tepung gandum, tiga sudu besar oath yang dikisar halus dan setengah cawan tairu. Gunakan tairu masam kerana ia merupakan agen pencerahan kulit semulajadi. Campurkan bahan-bahan ini menjadi bancuhan yang pekat. Sapukan pada leher seperti masker dan biarkan selama 15 minit. Kemudian gosok leher menggunakan kain yang agak kasar dan bilas dengan air suam sehingga bersih. Lakukan dua minggu sekali secara konsisten.






No comments:
Post a Comment