Monday, July 11, 2011

risau pada yang perlu

kadang-kadang rasa penat dah..
benarlah dunia ini sementara..
saya dah penat melihat status2 di facebook
gara-gara isu yang hangat diperkatakan
sama ada anda menyokong atau membangkang itu hak anda
jangan setiap isu yang dibangkitkan menjadi bahan perdebatan
sampai timbul satu tahap saya malas nak berstatus perkara yang berkaitan dengan politik
pasti akan ada yang membangkang
saya melihat benda itu lebih serius
kerana apa? kerana ia boleh merosakkan hubungan sesama islam...
hanya kerana politik semua orang nak bertelagah..
mungkin ini tanda-tanda nak kiamat
saya ambil keputusan untuk tidak campur tangan
baiklah kita memikirkan diri kita
memikirkan soal di akhirat
dari bertelagah memenangkan parti masing-masing
pernah dengar tak
kematian itu tanda allah lebih menyayangi orang itu
sekarang saya faham
nasihat saya tidak salah anda nak menyokong mana-mana pihak
tetapi biarlah anda je yang tau
tak perlu nak hebohkan satu dunia mengenai fahaman anda
ini bukannya kempen pilihan raya ok...
saya nak bwa pemikiran anda untuk kita fikirkan soal akhirat
saya ada terbaca mengenai dajal dalam salah satu akhbar
dan itu membuatkan saya terfikir soal kiamat
ape yang saya ingin kongsikan ialah cara-cara nak mengelak fitnah dajal
antara yang saya baca ialah
mengamalkan 10 ayat pertama dan terakhir surah al-kahfi...
rasanya lebih elok kita belek tafsir al-quran untuk mengetahui keistimewaan surah ini
salam sejahtera :)

No comments:

Post a Comment