Monday, July 22, 2013
Ramadhan datang lagi
Alhamdulillah hari ini 13 Ramadhan dan bersyukur kerana Allah masih beri peluang untuk kita sampaikan ke pertengahan Ramadhan. Hanya lagi separuh untuk kita menikmati bulan yang mulia dan terasa sayu bila tengok balik 'checklist' Ramadhan masih belum sempurna. Sempena pertengahan Ramadhan ini mari sama-sama kita semak semula perancangan Ramadhan kita. Berapa banyak kita telah semak Al-Quran kalam Allah, adakah tarawikh kita cukup, adakah kita banyak melakukan solat-solat dan amalan-amaln sunat yang lain? Semua itu perlu kita semak kerana Ramadhan hanya sekali setahun dan mari sama-sama kita rebut peluang ini. Insyaallah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






No comments:
Post a Comment