pernah tak anda terfikir untuk mempunyai anak yang hafiz atau hafizah? bila terbaca post seorang rakan karib saya tibe2 je saya berazam agar anak saya mendapat didikan agama yang cukup sehingga mampu menjadi seorang tahfiz..bercerita tentang ini, saya pasti kebanyakan kaum hawa pasti pernah berangan-angan untuk mempunyai anak yang bukan sahaja berjaya di dunia malah di akhirat..begitu juga saya..banyak benda yang saya impikan namun tak dapat saya tunaikan atau pun belum tertunai lagi dah direservekan untuk anak-anak saya nanti..ok cukuplah berangan ye..wktu petang tadi saya berkesempatan menonton rancangan kalamullah yang disiarkan di tv3 dan saya begitu terpegun mendengar bacaan ayat-ayat suci al-quran dari adik2 yang barangkali masih bersekolah rendah atau pun bersekolah menengah..kebanyakan mereka adalah tahfiz-tahfiz dan bacaan mereka begitu menyentuh hati saya..sebenarnya seronok sangat bila mendengar orang yang membaca al-quran dengan tajwid yang betul ditambah lagi kalau mereka pandai melagukannya..sebenarnya dahulu saya pernah bercita-cita untuk belajar ntk melagukan al-quran tetapi tak kesampaian..dahulu masa bersekolah agama rasanya banyak ayat2 al-quran yang dihafal tapi kebanyakannya dah banyak lupa sebab tak diamalkan..terasa berdosa sebenarnya..harapannya saya mampu melakukannya semula..insyaallah..sesiapa yang berminat bolehla jenguk2 link ni ye..
p/s : terima kasih pada penulis blog yang memberi keizinan untuk saya berkongsi link..:)






No comments:
Post a Comment