Friday, August 19, 2011

bagaimana saya bertarawikh?

alhamdulillah sampai juga kita ke 10 malam terakhir dan alhamdulillah masih dapat berpuasa penuh dan bertarawikh di surau lagi..hari ini saya nak berkongsi pengalaman saya menunaikan solat sunat tarawikh..baiklah masa kecil2 dahulu saya memang tak pernah menunaikan solat tarawikh sampai la saya memasuki sekolah berasrama penuh..tula 1st time saya belajar menunaikan solat tarawikh..masa awal-awal tu sy just ikut-ikut je ape yang jemaah lain lakukan..start dari tu setiap tahun saya menunaikan solat tarawikh..tapi waktu tu saya hanya akan menunaikn solat tarawikh bila di sekolah je..bila balik rumah saya tak buat..bila dah habis sekolah dan masuk universiti alhamdulillah saya sendiri menunaikan solat tarawikh tanpa sebarang paksaan..yelah kalau kat sekolah dulu solat tarawikh tu satu bnda yg wajib kena buat..tapi alhamdulillah kerana telah terbiasa saya teruskan rutin saya tu walaupun setelah habis sekolah..alhamdulillah sehingga hari ini saya sentiasa menunaikan solat tarawikh..harapannya semoga tahun ni saya dapat menunaikan solat tarawikh sepenuhnya hingga ke akhir ramadhan..saya sangat bersetuju dengan cara dan pendekatan yang digunakan di sekolah saya..walaupun mungkin saya hanya mengikut sahaja orang lain yg bertarawikh..namun akhirnya bila saya sudah matang saya dapat menilai bhwa solat tarawikh itu menjadi kemestian di bulan ramadhan walaupun hukumnya hanya sunat..dulu mungkin kita terlepas pandang pada perkara-perkara sunat..alhamdulillah allah telah berikan hidayah kepada kita untuk tidak memandang begitu sahaja perkara-perkara sunat sebaliknya berlumba-lumba untuk melakukannya terutamanya di bulan Ramadhan yang penuh barkah ini..dan sejak dari itu saya yakin jika kita ingin melakukan perubahan terhadap diri kita kita harus melakukannya secara kecil-kecilan..maksudnya mulakan secara sikit-sikit dulu..kalau tahun lepas kita bertarawikh hanya 10 hari mungkin tahun ini kita tambah menjadi 20 hari dan tahun hadapan kita dapat melakukan sebulan ramadhan..apa yang saya perhatikan ramai di antara kita yang memandang ringan tentang kepentingan bertarawikh..hidup ini kita bukan hanya melakukan perkara-perkara yang wajib sahaja tetapi jika kita melakukan perkara-perkara sunat yang lain ia akan mencantikkan lagi buku amalan kita..banyak lagi sebenarnya yang saya sendiri belum mampu untuk lakukan..tetapi saya harapkan agar saya dapat melakukannya walaupun tidak secara drastik..insyaallah sama-samalah kita memperbaiki diri di bulan ramadhan ini agar kita akan tetap dengan perubahan yang kita lakukan..:))

No comments:

Post a Comment