harini sebenarnya nak berkongsi sedikit tentang sujud tilawah atau sujud sajadah..perasan tak di dalam al-quran ade tempat-tempat di mana kita di sunatkan untuk melakukan sujud tilawah..paling senang dalam surah as-sajadah..ok buat pengetahuan anda semua pertama kali saya tahu pasal sujud sejadah ni mase berskolah asrama dulu..menjadi kebiasaan kami setiap hari jumaat semasa solat subuh imam akan membaca surah as-sajadah dan bile tiba di tempat yang disunatkan sujud sajadah maka kami pun akan sujud sajadah..kiranya solat subuh hari jumaat selalunya lama sedikit la dari hari-hari biasa..masa tu mmg blur la tak tau kenapa tiba-tiba kena sujud..then ade senior cakap tu sujud sejadah..sebenarnya banyak lagi amalan-amalan sunat yang saya pelajari sepanjang 5 tahun di asrama..solat sunat taubat, solat sunat tasbih, al-ma'thurat dan macam-macam lagi..bersyukur sebab dapat pelajari semua tu sepanjang zaman persekolahan dulu...benarlah persekitaran juga mempengaruhi kita..kehidupan saya boleh dikatakan banyak dipengaruhi kehidupan sekolah berasrama..ade baik buruk yang saya pelajari...sebenarnya kalau kita hanya nak mengharapkan ustazah yang bagitau kita pasal agama memang tak akan habis la..sebab tu saya setuju bila orang kata kehidupan itu mematangkan..20 tahun hidup semakin banyak benda yang kita pelajari..dari sekecil-kecil perkara sampai la sebesar-besar perkara...kita hidup ini untuk belajar dan teruskanlah belajar hingga ke akhir hayat..insyaallah...
bacaan sujud tilawah
Maksudnya:
"Telah sujud wajahku kepada yang telah menciptanya, yang telah memberi rupa baginya dan telah memberi pendengaran dan penglihatan dengan kehendak-Nya dan dengan kekuatan-Nya, Tuhan yang penuh limpah keberkatan-Nya telah menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian.
semoga kita mendapat manfaat daripadanya..insyaallah..:)






No comments:
Post a Comment